Pada 14 September 2023, Jawatankuasa Khas Kabinet Tata Kelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju secara prinsip untuk menggubal Akta Kebebasan Maklumat (FOI). Ini merupakan langkah penting untuk meningkatkan persepsi orang awam terhadap komitmen kerajaan ke arah menggalakkan budaya ketelusan dan kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan.
Sebelum kita mendalami RTI, adalah berguna bagi kita mengetahui lebih lanjut mengenai sejauh mana perkembangan Hak Mendapatkan Maklumat.
