PENGGUBALAN AKTA HAK MENDAPATKAN MAKLUMAT DAN
HAK PROGRESIF UNTUK ATURAN MAKLUMAT
Kepada Yang Berhormat,
Saya menggesa anda untuk memastikan bahawa Akta Hak Mendapatkan Maklumat (RTI) di Malaysia diletakkan pada standard tertinggi mengikut standard antarabangsa dan memerlukan hak progresif untuk aturan maklumat.
Untuk jangka masa yang lama, rakyat Malaysia telah menghadapi halangan undang-undang dan institusi yang menyekat akses terhadap maklumat daripada pihak berkuasa awam di Malaysia. Perkara ini mengekang orang awam untuk bersifat kritikal serta berkemampuanan untuk menangani masalah seperti rasuah, degradasi alam sekitar, serta pembangunan tidak lestari, lalu memberi kesan terhadap kehidupan, alam sekeliling, ekonomi, dan punca pendapatan. Tambahan pula, ia mewujudkan landskap politik yang berbentuk kerahsiaan yang mengancam ketelusan dan akauntabiliti, sekali gus menyebabkan ketidakpercayaan antara kerajaan dan orang awam.
Dengan menggubal Akta RTI - dan aturan RTI yang progresif - yang mengikuti prinsip RTI pada standard tertinggi, kita boleh membina kepercayaan antara orang awam dan kerajaan melalui konsep penyertaan yang demokratik daripada semua golongan.
Oleh itu, saya menggesa YB sebagai sebahagian daripada badan legislatif untuk menjamin bahawa prinsip-prinsip yang tidak boleh dirundingkan untuk diterapkan ke dalam Akta RTI, yang tanpanya sebuah aturan RTI yang progresif dan berdaya maju tidak terwujud:
- Semua maklumat kerajaan pada asasnya haruslah terbuka, dan tidak syarat dikenakan ke atas pemohon untuk menyatakan sebab dalam melakukan permohonan untuk mendedahkan sesuatu maklumat;
- Mesti ada badan pengawasan bebas untuk menjamin proses rayuan yang adil, dipercayai dan boleh diakses, dengan perlindungan yang mencukupi untuk autonomi dan keupayaan untuk berfungsi tanpa gangguan;
- Asas pengecualian yang jelas dan terhad terhadap maklumat yanf tidak boleh didedahkan mestilah dinyatakan di bawah akta ini, berdasarkan standard antarabangsa mengenai keperluan dan perkadaran yang tertakluk pada ujian kepentingan awam;
- Undang-undang lain yang memberi kesan terhadap pelaksanaan rangka kerja RTI hyang menyeluruh haruslah diselaraskan seperti Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, dan Seksyen 203A dalam Kanun Keseksaan;
- Polisi mestilah dirangka dan dilaksanakan untuk menggalakkan perubahan budaya dalam sektor awam mengenai ketelusan dan akauntabiliti seperti sistem penerbitan yang cekap dan proaktif serta memanfaatkan keberkesanan teknologi maklumat dan komunikasi. Perkara ini melibatkan tanggungjawab untuk memastikan peruntukan dan latihan yang mencukupi.
Sebagai wakil kami, YB mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk mengetengahkan polisi yang dapat meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti seperti yang dituntut oleh orang awam. Perkara ini dapat dicapa apabila Akta Hak Medapatkan Maklumat, serta pindaan dan pemansuhan undang-undang tertentu yang dapat menjamin penyelasaran pelaksanaannya dibuat.
Saya berharap agar YB akan mengambil berat akan tuntutan ini serta memacu negara ini mengikut rangka kerja Malaysia Madani - boleh dipercayai, penuh belas kasihan dan lestari.
Atas dasar itu, kami berterima kasih atas khidmat anda untuk rakyat Malaysia.